Abdul Azim Adnan
Muda, bertenaga dan bebas. Ketiga-tiga elemen ini merupakan definisi anak muda hari ini yang boleh dilihat perbezaannya dengan mata kasar kita. Secara dinamiknya, mereka dipenuhi dengan pelbagai idea, pandangan dan pendapat untuk memacu negara lebih jauh. Malah, mereka inilah yang bakal menjadi peneraju dan pemimpin untuk membina dunia yang penuh dengan bakat. Namun, untuk merealisasikan impian besar itu sememangnya memerlukan keupayaan dari dalam, ataupun secara mudahnya, kesihatan sendiri. Persoalannya, adakah mereka bersedia?
Secara amnya, kita selalu diingatkan untuk menjaga kesihatan sendiri sejak kecil lagi. Nasihat tersebut juga kekal dan selalu kita dengar seiring dengan usia yang menjangkau saban tahun. Sungguhpun demikian, ada sesuatu yang lebih bermakna untuk disematkan dalam minda kita. Kesihatan sudah lama setia bersama kita sejak awal kita wujud di dunia ini. Dengan berbekalkan kesihatan yang terdamping, kita mampu hidup dan bernafas untuk meneruskan hari-hari kita.
Bagi pihak generasi muda, saya percaya bahawa ada tanggungjawab moral yang digalas di AFYAA dalam mengingatkan anak muda untuk sentiasa menjaga kesihatan memandangkan ia merupakan salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Kita turut bergerak sepantas seperti aliran masa untuk mengejar cita-cita sendiri. Namun adakalanya, kita sering alpa dan terlupa. Kita abaikan kesihatan sendiri demi mengejar impian.
Di AFYAA, kami berhasrat untuk memberi anda fleksibiliti sepenuhnya untuk menjalani rutin harian dengan mekanisme yang terbaik untuk kekal sihat di samping menegakkan Halal sebagai nilai utama. Nilai-nilai kami juga berkitarkan hidup anda dan kerana itulah AFYAA prihatin dengan kesihatan keseluruhan anda. Sebagai syarikat makanan berfungsi, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan kesihatan anda terjamin dengan ramuan-ramuan yang disokong oleh sains dalam setiap produk kami. Apa yang penting, kekal sihat merupakan satu rutin yang perlu dibentuk oleh setiap individu agar masa depan lebih cerah dengan fizikal yang lebih bertenaga.
Setinggi mana pun impian kita, saya mahu ingatkan setiap individu agar sentiasa jaga kesihatan dengan rutin yang sihat setiap hari. Saya juga percaya dengan AFYAA, inilah peluang kita untuk mulakan langkah pertama kerana kesihatan merupakan nikmat yang terindah.