PROGRAM & TSK

Rezeki Raya AFYAA

AFYAA Sdn Bhd berkolaborasi dengan salah sebuah badan bukan kerajaan terbesar di negara, Islamic Relief Malaysia dalam usaha membantu penerima manfaat menerusi sebuah projek iaitu Rezeki Raya AFYAA, melibatkan 50 kanak-kanak daripada keluarga rentan di Lembah Klang.

Program yang dilakukan di AEON Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur menyaksi kanak-kanak meluangkan masa bersama untuk mendapatkan pakaian Raya menjelang Aidilfitri termasuklah Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok, Tudung dan lain-lain bagi menyambut perayaan tersebut khususnya umat Islam.

Menerusi kolaborasi dengan Islamic Relief Malaysia, AFYAA juga berhasrat untuk melakukan lebih banyak aktiviti kemanusiaan dengan lebih aktif pada masa akan datang sebagai usaha yang proaktif dalam membantu golongan yang berbeza.

AFYAA x Pantai Premier Pathology

AFYAA Sdn Bhd bakal menjadi syarikat makanan berfungsi yang pertama untuk memperoleh data rasmi yang membuktikan fungsi dan keberkesanan produk sulungnya iaitu AFYAA Hayyiba menerusi ujian makmal yang akan dilaksanakan bersama Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd.

Jalinan kerjasama ini direalisasikan menerusi Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai simbolik bagi memulakan inisiatif dan usaha tersebut. Ia menyaksikan kepentingan bersama (mutual interest) yang dipamerkan oleh kedua-dua entiti kesihatan iaitu mengumpulkan maklumat dan hasil kajian yang disokong sepenuhnya oleh prosedur dan kaedah saintifik.

Selain memperoleh maklumat dan data sains bagi produk AFYAA Hayyiba, antara manfaat yang dapat dinikmati bagi mana-mana individu termasuklah pesakit yang hadir akan diberikan harga istimewa dengan kos yang berpatutan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Di samping itu, Pantai Premier Pathology merupakan makmal perubatan rasmi AFYAA yang akan menjadi rujukan bagi setiap perkhidmatan perubatan makmal.

Menerusi jalinan kolaborasi ini, setiap hasil dan data ujian makmal yang diperoleh akan menjadi aset terbaik dan dapat didokumentasikan dalam bentuk laporan mudah bagi kefahaman para pembaca. Ia juga dapat digunakan sebagai maklumat untuk dilaporkan dalam pelbagai platform utama media massa seperti akhbar tempatan, media sosial, majalah dan lain-lain lagi.

Transformasi e-Usahawan 5S

AFYAA dan SVO bersama berganding bahu membawa jenama ini ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini dilakukan bagi membina komuniti peluang perniagaan bagi individu yang benar-benar ingin meletakkan cabaran pada diri sendiri dalam dunia digital sebagai usahawan. Selaras dengan dunia yang terus berevolusi, AFYAA akan sentiasa menyesuaikan diri terhadap perubahan sebagai langkah untuk menambah baik imej syarikat.

Program ini direka khas untuk bakal usahawan untuk memahami AFYAA dengan lebih mendalam menerusi perkongsian perniagaan oleh profesional dan pakar pemasaran digital SVO. Malah, mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Pengasas AFYAA, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar ketika program itu.

Anugerah Prominent Halal Brand

AFYAA Sdn Bhd berasa amat teruja dengan penerimaan anugerah berprestij di negara, Prominent Halal Award oleh Asia Halal Brand Awards (AHBA). Sebagai syarikat makanan berfungsi yang diiktiraf, tunjang utama AFYAA mencakupi tiga unsur iaitu Halal, Kebersihan, dan Kesihatan untuk membina rutin yang baik untuk kesihatan kita.

Bukan itu sahaja, AFYAA sangat berkomited untuk memberikan hanya yang terbaik kepada semua pengguna kerana kesihatan mereka merupakan keutamaan kami dan anugerah daripada AHDA membuktikan usaha kami sentiasa tulus untuk manfaat semua pengguna.

Misi banjir AFYAA

Pada bulan Disember 2021, hujan lebat berterusan di kebanyakan lokasi beberapa buah negeri menyebabkan banjir besar berlaku susulan paras air yang naik. AFYAA Sdn Bhd amat berdukacita dengan tragedi ini dan terus bertindak untuk membantu mangsa banjir yang terkesan.

Sebagai syarikat makanan berfungsi yang prihatin akan kesihatan komuniti setempat dan atas nama usaha kemanusiaan, AFYAA telah berkolaborasi dengan Islamic Relief Malaysia dan The Hope Branch dalam membantu meringankan bebanan mereka yang berada di Hulu Langat dan Sungai Buloh.