NIKMAT PALING BERHARGA
Waktu dan kesihatan merupakan cerminan kehidupan manusia. Waktu tidak pernah kembali, namun kesihatan kekal setia. Sungguhpun demikian, kesihatan akan mula menyuram dek waktu yang berlalu pergi, dan waktu kita pula semakin suntuk untuk menjaga kesihatan.
AFYAA wujud di arena industri setelah menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai kawalan penuh terhadap kesihatan sendiri, yang menitikberatkan keupayaan untuk kekal bertenaga dalam rutin harian. Asbab inilah yang melahirkan AFYAA, isitilah yang berasal dari perkataan Arab dan membawa makna bebas dari sebarang penyakit.
Kami di AFYAA percaya dengan perkembangan positif berbanding hasil yang diperoleh dalam sekelip mata, ditafsirkan sebagai “kesabaran hasilnya kesenangan”. Dengan nilai utama kami yang berlandaskan kesihatan serta kesejahteraan, kami komited dengan misi kami iaitu memupuk kepercayaan dalam kalangan pengguna bahawa ‘kesihatan itu harta yang sebenar’, نِعْمَة (nikmat) sepatah istilah Arab yang menjelaskan bahawa ia merupakan salah satu keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia.
Malah, konsep halal juga bukanlah berkaitan dengan kewajipan dalam agama semata-mata, ketelitian itu sebenarnya terletak pada etika dan kebersihan yang bersifat sejagat untuk setiap lapisan masyarakat. Bagi kami, kesihatan yang baik merupakan suatu nikmat dan bukanlah rutin sahaja, dan kita perlu menghargainya sementara ia masih bersama kita. Kami mahukan anda semua faham bahawa wujud pelbagai alternatif yang dapat membantu anda mencapai kesihatan ideal, bukanlah ‘satu yang menyembuhkan semua’.