DASAR PRIVASI 

Kenyataan Dasar Privasi

Dasar Privasi bertulis ini merupakan garis panduan mengikut undang-undang bagaimana AFYAA Sdn Bhd (dirujuk sebagai ‘AFYAA’) memproses data peribadi anda. Kenyataan ini juga menerangkan amalan terbaik kami dalam menguruskan pengumpulan, penggunaan dan juga perlindungan data peribadi yang diberikan oleh pihak anda, sama ada secara individu atau banyak, menerusi laman sesawang (afyaa.com) yang terhubung secara digital dengan akaun media sosial kami apabila perbualan secara dalaman berlaku antara AFYAA dan pihak luar.

Dengan membekalkan data peribadi anda kepada AFYAA menerusi laman sesawang ini, anda bersetuju untuk memberi kebenaran bagi tujuan pemprosesan, pengumpulan, pemindahan, penyimpanan, pengarkiban data dan semua tindakan yang berkaitan dengan aktiviti berkenaan seperti yang dijelaskan dalam kenyataan ini.

Pengumpulan Data Peribadi

AFYAA amat komited untuk menambah baik pengalaman setiap pengunjung yang menggunakan laman sesawang kami. Dalam usaha ini, kami akan memerlukan data peribadi anda seperti e-mel, maklumat kontak, nombor telefon, lokasi, alamat, dan apa jua maklumat peribadi yang dianggap perlu untuk kegunaan pada masa hadapan. Kami hanya mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti dan dibekalkan secara eksklusif oleh anda, atau sesiapa bagi pihak anda, bagi tujuan penambahbaikan laman sesawang kami. Data peribadi anda termasuklah:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Nama penuh
  • Alamat e-mel
  • Alamat rumah
  • Profil media sosial
  • Jantina
  • Umur
  • Tarikh Lahir
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor passport (Bagi pengunjung luar negara)
  • Gambar/Video/Bahan digital lain
  • Lain-lain maklumat yang tidak disenaraikan namun dianggap relevan

Sekiranya data peribadi anda digunakan oleh pihak kami bagi tujuan tertentu pada masa hadapan, AFYAA berhak untuk menggunakannya tanpa memerlukan persetujuan anda terlebih dahulu sama ada menerusi panggilan telefon, pemberitahuan e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas, aplikasi mesej digital, dan lain-lain perkhidmatan atau platform yang tidak dinyatakan seperti yang anda setuju pada awalnya.

Langkah Keselamatan Data Peribadi

Ketika anda membekalkan data peribadi anda, sama ada ia adalah kepunyaan sendiri secara eksklusif atau bagi pihak individu lain, AFYAA bertanggungjawab untuk menyimpan data peribadi anda dengan selamat dan kami memberi jaminan bahawa semua langkah keselamatan dan rahsia adalah wujud dalam usaha untuk melindungi data dan maklumat peribadi yang dikumpulkan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan ini bagi mengelakkan akses data yang tidak dibenarkan, penyalahgunaan data, pemprosesan data tanpa kebenaran, pengambilan data yang dilarang, pengumpulan data yang dilarang, dan apa jua aktiviti pemprosesan data secara haram yang tidak dinyatakan dalam kenyataan ini. Usaha ini termasuklah namun tidak terhad kepada:

  • Menyimpan data peribadi anda di dalam sistem yang dibina oleh pihak kami dengan keselamatan yang terjamin dan hanya dikawalselia oleh Pihak Pengurusan AFYAA.
  • Menyimpan data peribadi anda yang hanya boleh dicapai oleh individu yang dibenarkan dalam syarikat dan hanya boleh diakses oleh individu berkenaan.
  • Melakukan dokumentasi data bagi mengelakkan kehilangan atau penyalahgunaan data oleh pihak yang tidak dibenarkan.

AFYAA tidak bertanggungjawab dan tidak memerlukan sebarang persiapan fizikal awal atau dokumen dalam bentuk bahan bercetak atau bahan elektronik untuk memberitahu anda, atau individu bagi pihak anda, dalam menyimpan data anda di dalam sistem kami. Ia akan menjadi amalan kami untuk menunaikan tanggungjawab ini secara langsung. Sekiranya anda, atau individu bagi pihak anda, memerlukan penjelasan selanjutnya atau bantuan bagi urusan ini, interaksi secara peribadi menerusi laman sesawang kami, sama ada pemberitahuan e-mel atau sokongan perbualan secara langsung perlu dipraktikkan.