PENGASAS AFYAA

 

“Tiada waktu yang dianggap lambat untuk memulakan sesuatu. Bagi jenama premium seperti AFYAA untuk mengorak langkah, saya tidak dapat memikirkan waktu lain berbanding sekarang. Kerana ketika ini, manusia akan mula faham kepentingan hidup secara sihat dan bersih.”

 

– Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie


Saat bersama AFYAA

 
 

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie

 

Kehidupan setiap manusia bermula dengan nikmat terindah yang tidak dapat dikurniakan oleh sesiapa iaitu waktu dan masa. Dahulu saya terlalu sibuk mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor dan angkasawan sebelum saya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, sehingga saya terlupa waktu saya kian suntuk, dan kesihatan mula merosot dengan waktu yang pantas berlalu.

Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Besar, saya masih ada waktu dan kesihatan dan saya mahu memanfaatkan sepenuhnya untuk dikembalikan semula kepada masyarakat. Saya mahukan kesihatan yang baik bagi setiap individu agar mereka dapat melakar saat-saat manis bersama yang tersayang, sama seperti saya.

Kita tidak berupaya untuk mengawal waktu, namun kesihatan sentiasa berada dalam genggaman kita. Kerana itulah AFYAA wujud, dedikasi kami untuk berbakti semula kepada masyarakat dengan membekalkan gaya hidup yang berkualiti dan sihat menerusi produk makanan berfungsi bertaraf premium dan dijamin halal. Saya amat positif dengan kehadiran AFYAA, kami mampu memberikan anda kawalan penuh terhadap kesihatan tanpa sebarang ruang penyesalan, supaya anda dapat berkongsi saat-saat indah dalam kehidupan bersama yang tersayang.