NIKMAT PALING BERHARGA

 

Waktu dan kesihatan merupakan cerminan kehidupan manusia. Waktu tidak pernah kembali, namun kesihatan kekal setia. Sungguhpun demikian, kesihatan akan mula menyuram dek waktu yang berlalu pergi, dan waktu kita pula semakin suntuk untuk menjaga kesihatan.

AFYAA wujud di arena industri setelah menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai kawalan penuh terhadap kesihatan sendiri, yang menitikberatkan keupayaan untuk kekal bertenaga dalam rutin harian. Asbab inilah yang melahirkan AFYAA, isitilah yang berasal dari perkataan Arab dan membawa makna bebas dari sebarang penyakit.

Kami di AFYAA percaya dengan perkembangan positif berbanding hasil yang diperoleh dalam sekelip mata, ditafsirkan sebagai “kesabaran hasilnya kesenangan”. Dengan nilai utama kami yang berlandaskan kesihatan serta kesejahteraan, kami komited dengan misi kami iaitu memupuk kepercayaan dalam kalangan pengguna bahawa ‘kesihatan itu harta yang sebenar’, نِعْمَة (nikmat) sepatah istilah Arab yang menjelaskan bahawa ia merupakan salah satu keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia.

Malah, konsep halal juga bukanlah berkaitan dengan kewajipan dalam agama semata-mata, ketelitian itu sebenarnya terletak pada etika dan kebersihan yang bersifat sejagat untuk setiap lapisan masyarakat. Bagi kami, kesihatan yang baik merupakan suatu nikmat dan bukanlah rutin sahaja, dan kita perlu menghargainya sementara ia masih bersama kita. Kami mahukan anda semua faham bahawa wujud pelbagai alternatif yang dapat membantu anda mencapai kesihatan ideal, bukanlah ‘satu yang menyembuhkan semua’. 



KENAPA KAMI WUJUD?

Dalam kehidupan, dua perkara sering diabaikan dalam mengejar duniawi, waktu dan kesihatan. Waktu tidak akan kembali. Sungguhpun demikian, kesihatan sentiasa dalam kawalan. Kami wujud untuk memberikan anda kawalan terhadap kesihatan dan tiada ruang untuk penyesalan. Bagi kami, solusi itu bersifat klise. Namun, kami mempunyai aturan dan cara untuk membantu anda mengekalkan kesihatan setiap hari dengan produk kami yang terbaik.

SIAPA KAMI?

Syarikat makanan berfungsi yang mempunyai matlamat untuk menerapkan nilai kesihatan dalam kehidupan, kerana menjaga kesihatan itu dianggap sebagai Jihad menurut fahaman Islam.


APA YANG MENYEMARAKKAN MOTIVASI KAMI?

Di sebalik konsep kesihatan, kami amat prihatin dengan kesejahteraan anda dan sebab itulah kami mahu mengajak anda untuk terus rasa syukur dengan nikmat kesihatan sebagai harta yang paling berharga dalam hidup.




TANGGUNGJAWAB KAMI KEPADA MASYARAKAT?

Kami ingin mengubah hidup anda dengan pemikiran “Sihat itu Nikmat” yang perlu dihargai sepanjang masa.

APA YANG KAMI TAWARKAN?

Kami menyediakan alternatif terbaik dalam menjaga kesihatan anda menerusi penggunaan ramuan Sunnah yang digalakkan dalam Islam.




JANJI KAMI

Sebagai syarikat makanan berfungsi yang bertaraf premium, kami sentiasa berusaha tanpa sedikit rasa lelah dan terus melangkah demi kesihatan pengguna. Sebab itulah ramuan yang kami gunakan mempunyai paten dan berjenama, disokong oleh sains bagi memastikan keberkesanannya. Apa yang penting, ia juga dijamin halal.





Misi

AFYAA komited untuk menambah baik kualiti hidup anda dengan produk HALAL dan premium.

Visi

Untuk menjadi jenama halal yang terkemuka di arena antarabangsa. Kami mahu memberikan anda alternatif terbaik dalam menjaga kesihatan menerusi ramuan Sunnah yang digalakkan dalam Islam.








NILAI

 Halal

Ramuan yang disahkan halal

 Bersih

Selamat dan bersih

 Sihat

Padan dengan nutrien