PERUNDING PERHUBUNGAN HALAL


“Halal bergerak jauh lebih dari apa yang kita ambil setiap hari, ia merupakan gaya hidup yang perlu dihargai oleh orang Islam.”

– Profesor Dr. Abdul Malik Musharat 

Profesor Dr. Abdul Malik Musharat

Dunia moden kini mewujudkan akses kepada banyak cabang perkara dengan pelbagai kemudahan. Kita boleh masuk ke mana-mana kedai dan mencari buku kegemaran kita dan membuat pembayaran menerusi transaksi tanpa tunai. Malah, kewujudan platform membeli belah dalam talian memudahkan banyak perkara dengan hanya menempah apa jua barang yang diidamkan dan terus dibayar. Semua ini boleh dilakukan di hujung jari.

Sejauh mana sekalipun teknologi berevolusi, kita sebagai manusia tidak lekang daripada ketidaktentuan. Benar, amat sukar untuk kita lenyapkan rasa keraguan. Makanan juga telah mengalami proses yang sama di mana kita kini boleh menempah apa sahaja di dalam jangkauan kita. Namun soalan mudahnya, bolehkah kita makan makanan itu? Atau paling tidak sekalipun, adakah ia dijamin halal?

Kerana itulah kami wujud, untuk menggerakkan pasaran bahawa AFYAA merupakan jenama yang dijamin halal, disokong oleh proses dan prosedur yang amat ketat bagi memastikan keselamatan dan kebersihan yang bukan sahaja mematuhi undang-undang, malah keimanan hati.

Aspek yang paling penting dalam konsep halal adalah untuk memastikan tiada sebarang rasa keraguan timbul dalam proses penghasilannya. Daripada bahan mentah sehinggalah hasil produk. Justeru, ia menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan hasil produk AFYAA mempunyai ketelusan iaitu bebas daripada ramuan yang terlarang dan berbahaya seperti yang ditegah dalam Islam, mahupun menjejaskan hasil produk.

Saya percaya dengan AFYAA, kita boleh mencapai keseimbangan dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi gaya hidup dan kesihatan untuk manfaat sendiri pada masa hadapan. Dengan gaya hidup sihat dan AFYAA, kami berbangga untuk memberikan anda kehidupan simbiosis.