PAKAR PERUNDING KARDIOLOGI


“Saya positif bahawa AFYAA mempunyai visi untuk membina komuniti yang peka terhadap kesihatan dan kewujudan saya akan melengkapkan perjalanan mereka.”


- Dr. Haizal Haron Kamar 

Dr. Haizal Haron Kamar


Sebagai pengamal perubatan, penjagaan kesihatan merupakan satu kewajipan. Kami berkorban sepenuh masa untuk merawat pesakit tanpa mengira apa jua status demi melihat mereka kembali berdiri sihat seperti sediakala. Namun menjangkau lebih dari kesihatan, kehidupan saya berpaksikan matlamat yang menekankan “mencegah lebih baik daripada merawat”. Meskipun berbekalkan niat yang murni kepada komuniti, kami sebenarnya mahu mereka faham bahawa kesihatan merupakan nikmat yang perlu dijaga sebaiknya menerusi gaya hidup yang sihat sepanjang masa.

Dari perspektif seorang doktor, kesihatan membawa definisi khas iaitu keadaan tubuh badan tanpa sebarang penyakit. Dengan pemantapan kesedaran kesihatan dan pencegahan penyakit yang kian meluas, ramai antara kita mempunyai risiko terhadap penyakit berbahaya yang boleh merampas erti kehidupan kita bila-bila masa sahaja sama ada serangan mengejut, atau penyakit yang tidak dikesan selama bertahun-tahun. Malah, apabila kejadian itu berlaku di hadapan mata, kita dipaksa untuk berhadapan dengan situasi antara-hidup-atau-mati yang meninggalkan pengajaran demi persiapan yang perlu dilakukan seawal mungkin.

Situasi seperti inilah yang menyemarakkan minat saya untuk berkongsi ilmu dan kepakaran kepada orang ramai dalam menjaga kesihatan mereka sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Tanpa kesihatan sebenar, kita hanya mampu terbaring kesakitan dan tiada apa yang mampu dilakukan.

AFYAA menegakkan nilai-nilai praktikal yang mencerminkan kesihatan sebagai nikmat terindah, tanggungjawab saya pula adalah sebagai penyalur maklumat utama yang boleh menjadi panduan dan bimbingan mereka. Saya positif bahawa AFYAA mempunyai visi untuk membina komuniti yang peka terhadap kesihatan dan kewujudan saya akan melengkapkan perjalanan mereka.