AFYAA
Kenapa semuanya huruf besar? Kami OK? Ya, itulah caranya kami pasarkan diri sendiri dalam industri, A-F-Y-A-A. Istilah itu merupakan terbitan daripada perkataan Arab iaitu “Afiyah” yang membawa makna bebas dari penyakit. Kenapa penyakit? Kami mahukan anda semua sihat sejahtera! *hugs*.
Anti-penuaan
Tengok keadaan sebenar, penuaan tak boleh dielakkan pun. Orang lain, awak, dan saya sekali, kita semua terpaksa menjalani proses itu setiap hari. Boleh ke kita nak hentikan proses itu? Sayang, tak boleh. Tapi kita boleh lambatkan dia.
Anti-radang
Kemerahan? Bengkak? Sakit? Semua jenis keradangan ini sangat menjengkelkan untuk dilayan. Sebab itulah istilah anti-radang tercipta (lagi-lagi dalam industri perubatan) untuk membantu dengan keadaan tersebut.
Antioksidan
Lagi satu istilah yang sangat biasa kita dengar dalam sains tapi penjelasannya selalu tak sampai dengan tepat dalam kebanyakan iklan TV. Secara ringkasnya, antioksidan bertanggungjawab untuk menghalang kerosakan sel disebabkan radikal bebas.
B-Kompleks
Macam namanya sendiri, bunyi pun kompleks dan rumit tapi tak serumit hubungan cinta manusia. Apa pun, B-Kompleks merupakan sekumpulan vitamin yang larut dalam air… dan kami ada ramuan dalam AFYAA Hayyiba yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan anda.
Bertenaga
Kalau bekerja, apa yang diperlukan? Motivasi? Betul, tapi kita juga kena cergas sentiasa, sebab itulah kena ada tenaga. Kalau tak, kita nak pegang pen juga susah.
Diet tidak sihat
Makanan ringan, makanan segera, minuman berkarbonat, minuman manis, pencuci mulut dan kek. Awak tak rasa ke diet tidak sihat ini sebenarnya dah berkaitan dengan makanan yang disenaraikan? Diet tidak sihat ialah makanan yang tak banyak nutrien atau pun terlebih gula dan garam yang akhirnya akan merosakkan kesihatan kita.
Disahkan Halal
Semua makanan memang halal sehingga terbukti sebaliknya. Salah, konsep ini tak boleh digunapakai. Kita mungkin faham dari perspektif sendiri yang secawan kopi hitam tidak berbahaya, dan status halalnya terus diyakini. Bukan itu caranya. Disahkan halal bermaksud sesuatu produk setulusnya memperoleh status yang dikeluarkan oleh badan penguatkuasaan tertentu.
Ekstrak Yis Torula
Lagi satu ramuan yang agak aneh kita ada dalam AFYAA Ryndu. Torula? Yis? Ekstrak? Lepaskan semua rasa bingung awak ya, kami tersangatlah bangga untuk memberitahu ramuan ini berasal dari negara Matahari Terbit yang mempunyai banyak manfaat untuk kulit kita semua.
Fyaa
Kita dah ada AFYAA. Sekarang Fyaa pula? Jangan salah anggap, macam semua nama yang ada dalam dunia, Fyaa adalah singkatan untuk kami gunakan di media sosial, contohnya, “Fyaa rasa seronok betul hari ni. Awak semua macam mana? .
Habbatus Sauda
Pelik tapi benar. Ini Bahasa Melayu ke? Mestilah tak. Kalau nak tahu, maksudnya Jintan Hitam. Tapi, ini bukan kelas terjemahan. Habbatus Sauda dah lama digunakan di Timur Tengah dan amat terkenal dengan ciri-ciri perubatannya.
Habiskan semua
Kalau saya cakap… nak belanja 5 pinggan nasi goreng ayam percuma, tapi syaratnya mesti habiskan semua sekali. Ya, itulah gaya penjelasannya.
Keadaan kulit
Awak ada cermin dekat sebelah tak? Cuba tengok kulit awak sekarang, licin tak? Mesti awak tersenyum-senyum bila tengok kulit sendiri tak ada jerawat, bintik hitam, parut, kemerahan dan hiperpigmentasi.
Kebersihan
Hello, kebersihan bukan hanya sekadar mandi dan bersihkan badan. Kebersihan dalam situasi ini bermaksud amalan kita untuk memastikan semua produk bebas bahan berbahaya dan selamat untuk diambil.
Kesan sinergi
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Bila kita cuma ada satu tangan saja untuk bekerja, banyak perkara tak dapat disiapkan dengan baik, tapi kalau banyak yang masuk dan saling membantu, hasilnya lebih mantap! Sinergi (Synergy)? Dipinjam daripada istilah Yunani, synergos yang bermaksud bekerja bersama.
Kesihatan keseluruhan
Badan anda sihat walafiat, tangan tak bergetar, tak sakit kepala, tak batuk-batuk, dan banyak lagi. Oh nak masukkan cirit-birit juga? Ok, tak ada masalah. Kesihatan keseluruhan merangkumi seluruh badan anda.
Kulit lebih cerah
Kalau anda perasan warna kulit sendiri yang dulu-dulu gelap dan sekarang pula nampak lagi cerah, itulah maksudnya. Kulit tak perlu jadi “putih” dan “bersinar”, sayangku.
Kulit sihat
Kulit tanpa cela? Itulah maksudnya? Mudahnya, jika kulit kita sihat dengan sempurna, ia akan nampak berseri-seri.
Logam berat
Logam yang berat dan payah untuk diangkat? Terang-terang SALAH! Logam berat biasanya dikenali dalam Kimia kerana ketumpatannya yang tinggi di samping beracun dalam kepekatan yang rendah.
Macam mana kita nak sebut ni? Heyiba? Hayba? SALAH! Sebutannya Hai-yi-ba, kombinasi Halal dan Toyyiban yang membawa maksud selamat dan bersih untuk diambil. Sebab itulah nama produk kami, AFYAA Hayyiba.
Saya pun rindu awak. Eh, itulah benda pertama yang kita terfikir-fikir kan, tapi sebenarnya Rahsia Yang Nyata Dan Unggul! Jadi kalau kita rindukan seseorang nanti, ingatlah juga AFYAA Ryndu sebab kami reka khas produk tablet kunyahan yang sedap ini untuk perlindungan kulit anda!.
Makanan berfungsi
Macam mana perasaan kalau makanan kita ada fungsi? Fungsi apa? Parti? Bukan. Maksudnya, makanan yang disebutkan padat dengan banyak nutrien untuk membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan. Sebab itu diberi nama Makanan Berfungsi.
Mikrob
Awak boleh teka saiz habuk? Atau pun, boleh nampak ke zarah habuk? Tak, kami jawabkan. Tapi biar kami jelaskan, Mikrob merupakan mikroorganisma yang mempunya saiz… mikro tanpa mikroskop.
Minuman botani
Bunyi dia macam semula jadi dan mesra alam sebab botani? Oh, terima kasih sebab terfikir macam itu. Dan benar, istilah botani wujud sebab ia berkait dengan ramuan yang diperoleh secara langsung daripada tumbuh-tumbuhan, dirumus untuk menghasilkan minuman.
Oren darah
Kita semua tahu limau tangerin, limau saiz besar, limau mini, tapi oren darah? Apa? Ini ilmu sihir ke, campur oren… dengan darah? Kami memberi anda jaminan, tidak dan janganlah risau. Oren ini memang namanya macam itu kerana pigmen yang tebal dan menunjukkan warna semerah darah. Dijamin sedap juga! Kami pasti!.
Padat dengan nutrien
Nutrien yang padat? Tak, bukan itu yang terlintas dalam fikiran anda semua ya. Ringkasnya, ia bermaksud sesuatu yang penuh dengan nutrien penting untuk badan kita. Untuk apa? Kesihatan kita.
Penuaan pramatang
Penuaan memang menakutkan. Kita makin tua dan tambah 1 pada umur sendiri tiap tahun. Tapi apa lagi yang menakutkan? Nampak tua pada umur 30! Itulah penuaan pramatang untuk awak, kalau tak jaga kesihatan sebaik-baiknya.
Polypeptide-k (PPk™️) Ekstrak Biji Peria
Tapi kali ini, ia diekstrak daripada peria, dan merupakan produk tempatan yang dipatenkan di 153 buah negara. Rakyat Malaysia, berkumpul dan bangga sama-sama! .
Radikal bebas
Bunyinya macam selalu disebut-sebut, tapi sebenarnya tak. Radikal bebas merupakan istilah dalam sains. Sama macam orang yang belum kahwin, mereka tak ada pasangan dan perlu mencari elektron, jadi bolehlah berdua-duaan.
Ramuan Sunnah
Istilah Bahasa Arab lagi ke? Oh sememangnya tepat! Sunnah membawa maksud tradisi atau amalan Rasulullah SAW dan kita amatlah digalakkan untuk turut bersama amalkan. Tapi kita tengah sembang ramuan? Konsepnya sama, ramuan Sunnah merupakan makanan yang dinikmati oleh Nabi kita dan mempunyai banyak ciri-ciri terapi.
Ramuan premium
Oh, senang! Cuba belajar AFYAA Hayyiba dan AFYAA Ryndu, mesti akam faham ramuan premium itu apa. Kita ada semua formulasi, bukan saja dari Malaysia tapi dari serata dunia.
Red Orange Complex™️
Ingat AFYAA Ryndu? Kalau tak, sila lihat definisinya di atas sebelum baca yang ini. Inilah ramuan terunggul dalam Ryndu, terbang jauh membelah lautan dari Itali. Selain itu, buahnya tumbuh di kawasan pergunungan Etna, Sicily.
Sachet
Apa-apa yang dibungkus siap-siap dalam sachet boleh dikoyak dengan jari kita. Tak boleh bayangkan? Belilah AFYAA Hayyiba *wink wink*.
Sedia diminum
Bukan semua air minum sama? Tuang air ke dalam gelas? Sayangku, Kita tak terus minum susu pekat macam tu saja kan. Minuman yang sedia diminum maksudnya ia tak perlu bersusah payah untuk bancuh dengan air kosong, koyak saja dan terus minum, dan habis! .
Sihat Nikmat Terindah
Kesihatan itu harga paling berharga, kata ramai orang. Jadi sila manfaatkan selagi mana anda sihat ya. Itulah slogan kebanggaan kami dalam industri untuk memberikan setiap prospek suatu perjalanan kesihatan yang baharu.
Sinaran UV
Betul, kita suka terkena cahaya matahari untuk dapatkan gambar yang cantik tapi ada satu berita buruk. Matahari memang sumber cahaya yang terbaik, tapi sinaran UV tak. Banyak kesan bahaya kalau kulit kita terdedah dengan sinaran UV terlampau lama. Apa yang lagi teruk? Kanser kulit menanti!.
Tablet kunyahan
Baca pun dah jelas, saya rasalah? Sama macam makan gula-gula, dan bezanya cuma tablet kami penuh dengan nutrien yang penting. *senyum*.
Teknologi Paten
Tak rasa hebat ke kalau kita dapat beritahu semua orang “Tengok ni, proses nak cipta *sesuatu* ni hak saya.” Awak boleh gunakan tapi kredit perlu diberi kepada ya. Itulah lebih kurang maksudnya jika nak tahu.
Terbukti dan dikaji secara klinikal
Apa perlu kita buat kalau nak buktikan sesuatu? Fikir dan terus cakap? HELLO, itu semua orang pun boleh buat! Sudah semestinya wajib untuk kita buat kajian mendalam terlebih dahulu dan buktikan semua itu dilakukan dengan sebaiknya, selepas itu, barulah kita boleh cakap apa saja jika hasilnya seperti yang kita mahukan.
Thymocid®️ Ekstrak Habbatus Sauda
Terang-terang ada Habbatus Sauda jadi semuanya dah dijelaskan? Tapi kalau awak baca betul-betul, ini sebenarnya ramuan berjenama yang dibangunkan oleh sebuah syarikat. Jadi apa yang bagus? HELLO! Datang jauh dari Amerika Syarikat (AS).